Move IT

Isnin, 16 April 2012

BAB 2:ASET, LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA

ASET, LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK, HASIL DAN BELANJA
  • Perkara penting yang perlu diambil perhatian oleh pelajar:
  • Perbezaan antara kelas-kelas akaun seperti aset, liabiliti, ekuiti pemilik
  • Perbezaan antara hasil dan belanja
  • Perbezaan antara setiap item perakaunan, penyata pendapatan dan Kunci kira-kira
  • persamaan perakaunan

Kitaran Perakaunan

Nota Tingkatan 4

BAB 1 : PENGENALAN

NOTA RINGKAS

 

Perbezaan antara simpan kira dengan perakaunan.

Simpan kira Perakaunan
Simpan kira merupakan peringkat awal dalam proses perakaunan Perakaunan merupakan proses perekodan maklumat akaun yang seterusnya
Simpan kira ialah merekod urus niaga dengan teratur dan tepat secara sistem catatan bergu Perakaunan meliputi kerja merekod, mendaftar, mengklasifikasikan dan menganalisis
Ia merupakan satu aspek kecil dalam proses perakaunan Ia merangkumi bidang yang lebih luas
Kerja simpan kira ialah satu proses yang mekanikal dan rutin Kerja perakaunan adalah lebih rumit dan memerlukan pengetahuan yang profesional

 

Perbezaan antara organisasi perniagaan di Malaysia.

Bil. Milikan Tunggal Perkongsian Syarikat Berhad
1 Dimiliki oleh seorang pemilik sahaja Dimiliki oleh dua hingga dua puluh orang pekongsi Dimilik oleh ramai pemilik syer
2 Modal sedikit Modal sederhana Modal banyak
3 Perniagaan mudah ditubuhkan Pembentukan agak mudah. Ditubuhkan di bawah Akta Perkongsian 1961 Penubuhan adalah rumit. Ditubuhkan di bawah Akta Syarikat 1965.
4 Dikawal dan diuruskan oleh seorang pemilik Diuruskan oleh beberapa pekongsi aktif Pengurusan dilaksanakan oleh lembaga pengarah
5 Liabiliti tidak terhad Liabiliti tidak terhad Liabiliti terhad kepada nilai syer
6 Pemilik mendapat semua untung Keuntungan dikongsi antara pekongsi mengikut perjanjian Keuntungan dibahagi kepada pemegang syer dalam bentuk dividen
7 Kos pengendalian rendah Kos pengendalian sederhana Kos pengendalian tinggi
8 Contoh: kedai runcit, klinik, bengkel kereta Contoh: Restoran, Pasar raya, firma guaman, firma akauntan Contoh: kebanyakan perusahaan besar seperti Sime Darby Berhad

 

Konsep dan Prinsip Perakaunan yang asas:

Bil. Konsep/Prinsip Keterangan Rujukan Langsung dari wikipedia
1 Entiti berasingan Pemilik dan perniagaan merupakan dua pihak berasingan.  
2 Badan berterusan Perniagaan dianggap mempunyai hayat yang berterusan dan tidak dibubarkan dalam jangka pendek. going concern
3 Wang sebagai ukuran Hanya item yang boleh dinilaikan dalam wang direkodkan dalam buku akaun.  
4 Kos sejarah Urus niaga direkod berasaskan kos belian pada tarikh belian tersebut walaupun nilai semasa boleh berubah. historical cost
5 Tempoh perakaunan Hayat perniagaan dibahagikan kepada tempoh yang sama dan tetap.  
6 Konsep pemadanan Semua hasil mesti dipadanka dengan belanja dalam sesuatu tempoh perakaunan untuk mencari keuntungan bagi tempoh berkenaan. Matching Principles
7 Prinsip catatan bergu Setiap urus niaga direkod dalam dua akaun yang berasingan di sebelah yang bertentangan dengan amaun yang sama. Double-entry
8 Ketekalan Item perakaunan yang serupa dikendalikan dengan cara yang sama, konsisten, pada setiap tempoh perakaunan.  
9 Materialiti Item perakaunan yang penting sahaja diambil kira dalam penyediaan laporan kewangan. Materiality

FORMAT PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARAN PRINSIP PERAKAUNAN (mula SPM 2004)

Bil. Perkara Kertas 1
(3756/1)
Kertas 2
(3756/2)
1 Jenis Instrumen Ujian Objektif Ujian Subjektif
2 Jenis Item Aneka Pilihan dan Gabungan Respons Terhad dan Struktur
3 Bilangan Soalan 40 soalan (jawab semua) Bahagian A
4 soalan (Jawab semua)
Bahagian B
2 soalan (Pilih 1)
4 Jumlah Markah 40 Bahagian A
Jumlah markah 68
Bahagian B
Jumlah markah 12

Jumlah keseluruhan : 80
5 Tempoh Ujian 1 jam 15 minit 2 jam 30 minit
6 Wajaran Konstruk Pengetahuan dan
Kefahaman - 80%
Kemahiran - 20%
Pengetahuan dan
Kefahaman - 20%
Kemahiran - 75%
Nilai  - 5%
7 Cakupan Konteks Semua bidang pembelajaran dari Tingkatan 4 dan 5 Semua bidang pembelajaran dari Tingkatan 4 dan 5
8 Aras Kesukaran
Rendah     - R
Sederhana - S
Tinggi       - T
R : S : T = 6 : 3 : 1 R : S : T = 4 : 3 : 3
Keseluruhan
R : S : T = 5 : 3 : 2
9 Alatan Tambahan a. Kalkulator Saintifik a. Kalkulator Saintifik
b. Buku Tunai
c. Jurnal
d. Lejar
e. Lembaran Kerja